Friday, May 29, 2009

Kem Desa Selesa- Tanjung Malim Lokasi Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform, SMS Saleha dan HIBS, Genting Highlands.












KEM DESA SELESA

Pusat Perkhemahan Dan Percutian Kem Desa Selesa terletak di Tanjung Malim, Perak yang bertemakan pusat perkhemahan dan percutian dalam dusun buah-buahan dengan dikelilingi dengan hutan yang menghijau. Pemandangan di Kem Desa Selesa ini sangat menarik perhatian pengunjung kerana dipenuhi pohon-pohon buah-buahan. Selain kedudukannya yang berhampiran dengan Sungai Samak memberi kelainan kepada pengunjung yang datang.


Dengan kemudahan yang mencukupi serta selesa, Kem Desa Selesa menjanjikan kepuasan kepada setiap pengunjungnya. Matlamat utama kami adalah mewujudkan pusat perkhemahan dan percutian yang terancang dan selesa untuk didiami di samping lengkap dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat.

LOKASI

Terletak 4km dari Pekan Tanjong Malim, kem ini berlokasi di Sungai Bernam, sempadan Negeri Perak dan Selangor. Perjalanan ke kem ini mengambil masa 1jam 30 minit dari Kuala Lumpur.


KEMUDAHAN

Menyediakan kemudahan latihan yang baik dan mencukupi dengan persekitaran yang masih mengekalkan ekologi sedia ada dengan pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan dan sasaran pelbagai kategori pelanggan.

No comments: